"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan 2010 (Part 2)

Hampir 20 hari ramadhan sudah berlalu........... ramadhan kali ini saya rasa lain dari tahun yang lalu.........kerana tahun ini saya lebih banyak memasak makanan saya sendiri. Makan juga sendiri kadang-kadang kami saya bersama rakan-rakan bebuka bersama dengan membuat sistem giliran dan makan, makanan yang dimasak  sendiri.Ia lebih menyelerakan.... seperti biasa tahun ini rezeki saya masih melimpah ruah sepeti tahun sebelumnya. Alhamdulillah syukur..........  rezeki yang saya perolehi turut di kongsi bersama rakan lain.

Tahun ini juga merupakan sejarah kerana saya paling kurang menjejak kaki ke bazar ramadhan sebagai pembeli... sebagai pembeli kerana saya menjadi penjual selama seminggu di bazar ramadhan. Hahah pengalaman yang menyeronokan kerana tahun ini saya bersungguh membantu kakak saya dari proses masak-memasak, mengemas dan menjual......... penat. Baru saya tau bukan senang nak jadi peniaga huhuhu............bangun jam 4 pagi dan tido jam 12 malam huh penat..........tapi hasinya memang berbaloi-baloi...........

Seperti  biasa menu jualan kakak saya sama sahaja setiap tahun:
  1. Kek batik
  2. Puding jagung
  3. Tepung pelita
  4. Buah melaka
  5. Kuih badak berendam
  6. Pulut panggang
  7. Kuih sagu
  8. Agar-agar merah
  9. Agar-agar santan
  10. Lompat tikam
  11. Puding berkuah
  12. Puding gula hangus/ telur
  13. Bubur kacang
  14. Bubur pulut hitam
  15. Bubur pisang

No comments:

Post a Comment