"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, August 2, 2010

PKNS BANGI


 Nasi Goreng merupakan salah satu hidangan yang saya suka makan dan juga masak kerana ia mudah dan boleh menyenangkan kerja. Kalau nak masak makan tengah hari atau malam dah tentu kita kena pikir bagai mana nak mencipta makanan yang seimbang. Kalau lah hidangan nasi goreng ini dapat disediakan ia akan menjadi lebih mudah kerana boleh dicampur sekali. Tapi kalau hari-hari pun makan nasi goreng masalah juga sekali sekala boleh la.Selain dari masak sendiri kita juga kena tahu kedai-kedai yang dapat memenuhi citarasa kita. Hemmm saya sangat lah mengemari nasi goreng yang terdapat PKNS bangi. Bagi saya semua makanan yang disediakan di sini lazat belaka nyumx2. Nasi goreng Fairuz merupakan nasi goreng ksukaan saya ia merupakan nasi yang digoreng bersama sardin dan kerang. Rasanya sungguh lazat dimakan pula bersama cili jeruk wowwwwwwwww.



Selain nasi goreng yang pelbagai jenis kedai nini juga turut menyediakan menu lain seperti Nasi Ayam, Lempeng, Kuih Tiew goreng, Char Kuih Tiew, Mee Kari, Mee Sup, Yong Tau fu dan macam macam lagi. semunya sedap belaka. Harganya pula berpatutan danservisnya pula cepat. Tak perlu menunggu lama. Gerai ini terletak di food court PKNS di tingkat 2. Gerai ni terletak di hujung sekali dan menjual masakan  panas.

1 comment:

  1. wahhh nak terai la lenkali..hehe..ooo mkn ni ye td..haha..ngidam jugak ke?:p

    ReplyDelete