Sejak saya melanjutkan pengajian jarang sekali dapat berkumpul bersama keluarga di kampung, saya mula merindui laksa, laksa dan laksa. Banyak gerai dan kedai yang saya cuba namun tiada yang dapat menyamai citarasa saya keculi satu. Ia terletak nun jauh di Jalan Tungku Abdul Rahman dan hanya ada pada hari Sabtu sahaja aduh seksanya nak makan laksa. Sudah la biasanya pada hari sabtu dan ahad jadual saya penuh. Nak pergi ke jalan TAR semata untuk makan laksa sekali sekala boleh la........... kalau mengidam selalu teruk la saya macam ni. Laksa di jalan TAR sebut memang la sedap tapi jauh ampun. Laksa Jalan TAR ini saya telak nikmatinyasejak saya kecil lagi dan kedainya kekal hingga ke hari ini. Lokasi jualnya juga tidak pernah berubah sejak berbelas tahun dahulu itu menunjukan ia ada peminatnya yang tersendiri. Saya ingat harganya bermula dari harga RM1.50 hinggalah hari ini laksanya berharga RM 5. Rasanya masih sama cuma harganya tu boleh tahan mahalnya.
Banyak juga gerai-gerai yang saya cari untuk mengantikan Laksa jalan TAR ini. Kerana ia bukan sahaja sudah mahal sejak saya semakin dewasa ini saya makin tidak menyukai kesesakan seumpanya yang berlaku di jalan TAR sesak dan sesak. Saya lebih suka mengelak dari menghampiri kawasan sedemikian. Akhirnya saya telah bertemu dengan laksa redup rimba yang terletak di jalan Bangi lama. Rasanya sudah dapat mengalahkan laksa Jalan TAR dan mampu mengalahkan laksa masakan saya sendiri. Hargnya cuma RM 3 dan ia didatangkan bersama pakej cendol pulut, biasa atau tapai yang sungguh lazat. Lokasinya di tepi jalan dan terletak di tepi hutan simpan UKM. Dahulu sebelum hutan simpan UKM ini di pagar sebahagian kerusi dan mejanya disusun di dalam hutan simpan ini sehingga ada yang memanggilnya laksa tepi hutan. Jika anda semua berkesempatan silalah berkunjung ke gerai ini. Pastinya tidak menghampakan dan jika berkesempatan ia akan dikunjungi lagi.
No comments:
Post a Comment