"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan 2010

Selamat berpuasa semua. Saya mengharapkan kali ini dapat melaluinya dengan penuh bermakna lagi. Seperti yang saya selalu kata ramadan pasti datang dan pergi. Dan sepeti biasa juga kemeriahan pesta jualan makanan akan berganda. Di mana-mana pasti ada orang yang akan mengambil kesempatan ini untuk menambah rezeki terutamanya ketika bulan ramadhan. Jualan makanan akan bertambah dengan beraneka pilihan makanan. Banyak hidangan pelik- pelik yang hanya akan muncul ketika ramadhan sahaja selain penjual yang menjualnya juga berniaga setahun sekali sahaja.

Untuk tahun ini dijangkanan kita semua akan mula berpuasa pada 11/ 8/2010 seperti biasa memori memulakan hari pertama ramadhan bersama keluarga menjadi kenagan. dahulu ketika saya masih menetap di kampung kami sekeluarga akan berkumpul dan memulakan sahur yang pertama beramai-ramai terutamanya bersama 2 orang kakak dan seorang abang saya yang tinggal berdekatan akan balik dan berkumpul. sungguh menyeronokan.

Seperti biasa keluarga saya juga di bulan ramadhan kami juga ada beberapa jenis  makanan yang jarang dimasak ketika masa lain  kerana lebih kerap dimasak pada bulan ramadhan. Salah satunya adalah kuih buah melaka kukus. Memang sedap ............ nyumx2

No comments:

Post a Comment