Lusa iaitu 11/8/2010 semua umat islam akan menyambut puasa bagi pusingan tahun ini. Seperti biasa di bulan ramadhan ini ia akan menjadi bulan makanx2 bagi kebanyakan orang. Pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat ada yang mengaturkan hotel yang perlu dikunjungi untuk menikmati aneka makanan yang disediakan. Ada juga yang akan membuat pusingan di Bazar ramadhan yang dibuka di kebanyakan tempat walaupun di sebuah pekan kecil. Ada juga suri rumah tangga berdiskusi di bawah pokok dan tingkap untuk berbincang menu hari ini. Manakala bagi mereka yang berkemapuan menelusuri arus jalur lebar akan membincangkanya di YM, FB dan blog........... Begitulah suasana ramadhan setiap tahun.
Bagi saya apa yang paling mengembirakan adalah dapat berbuka puasa bersama ibu tercinta dan memghidangkan juadah berbuka puasa dari air tangan saya sendiri. Melihat beliau menikmati air tangan saya dengan penuh berselera menjadikan saya tersangat bahagia. .............
Nak balik umah n jumpa mak horeyyyyyyyyyyyyyy
"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"
~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~
Monday, August 9, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment