"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, August 2, 2010

Pembaziran Makanan


Ini adalah sebahagian dari makan-makan yang telah saya buang kerana telah tamat tarih luputnya. Hai Lisa banyak benar kamu membazir sejak kebelakangan ini. Orang lain kebulur tak makan  kamu senang-senang je buang makanan. Opsss macam biasa la mane boleh salahkan diri sendiri kan,  Ni semua angkara saya sibuk sangat kononya pada sayu masa dahulu. Hehehehe barang yang lepas usah dikenang tapi kesibukan itu memanglah salah satu sebab  kenapa ia tak sempat dimakan dan dihabiskan. Ia tak sepatutnya dibazikan begitu sahaja.

Tapi ni salah saya juga bukankah orang kata jangan la membazir beli hanya yang perlu sahaja. Betul apa saya beli apa yang perlu sahaja, tapi tak sempat makan. Bukan ini sahaja yang telah saya bazirkan saya juga telah membuang stok meggi yang pelbagai jenis dan perasa. Malah saya juga telah bazirkan makanan sejuk beku saya yang penuh satu peti ais huhuhu.......... sayangnya semua makanan tersebut. Antaranya adalah Nugget, chicken wing, Hash brown, sausage, ayam pop corn, Ikan, ayam, sotong dan beberapa jenis dan jenama nugget hemmm.





Kini saya semakin berhati-hati membeli dan cuba menggunakan konsep beli apa yang perlu dan habiskan apa yang ada dahulu. Memanglah seksa nak mengamalkan amalan tersebut saya kan suka shopping dan membeli terutamanya makanan. Hahahaha Alhamdullilah untu makanan kering saya berjaya untuk mengamalkanya tetapi untuk makanan harian hehehe masih seperti dahulu. Beli, beli dan beli lepas tu makan satu lebihnya buang atau simpan dalam peti ais. Ketika post ini ditulis dalam peti ais itu selain ada bahan basah ada nasi goreng, ikan tongkol masak belimbing, spaggeti, laksa, keropok lekor dan juga kuih pasar malam. Bila mau makan.......... sabar ya nanti saya makan.

                                                                              LISA OH LISA

No comments:

Post a Comment