"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, August 17, 2010

Sambal Hitam


Kenapa namanya sambal hitam kerana warnya memang hitam............. ia sebenarnya  sambal belimbing buluh yang telah direbus. Proses menghasikan belimbing rebus ini sangat lah rumit, saya percaya sambal ini memang makanan tradisi Pahang dan tiada di negeri lain. Walaupun ia makanan tradisi pahang bukan semua tempat di pahang tahu membuat samabal ini.  Biasanya ia oleh di nikmati di daerah Jerantut dan Kuala Lipis.Sambal ini sesuai dimakan bersama nasi putih, ikan atau ayam goreng bersama ulam. Kesimpulanya ia makanan kering tak sesuai dengan masakan seperti kari, masak lemak cili padi. Jika berkuahpun lebih baik sup atau masak tumis air sahaja.

Untuk menghasilkan bahan utama sambal ini iaitu belimbing rebus masa satu hari diperlukan untuk menghasilkan belimbing rebus ini jika ia direbus dalam kuantiti yang banyak. Ia biasanya direbus di dalam tin kerana jika direbus di dalam periuk ia akan rosak kerana sifat asid nya. Tin yang biasa digunakan adalah tin minyak, tin susu atau tin biskut. Belimbing buluh akan dibersihkan kemudian di letakan di dalam tin tanpa air. Ini kerana semasa proses merebus air dari buah belimbing akan dikeluarkan. Garam akan di letakan di atas belimbing untuk menjadikan belimbing yang direbus ini kenyal dan tidak lembik. Garam yang digunakan adalah garam kasar dan sangat banyak. Hanya mereka yang pakar sahaja akan berjaya menghasilkan belimbing rebus yang tahan lama dan tidak berkulat. Jumlah garam yang digunakan akan menentukan selama mana belimbing ini dapat disimpan. Belimbing ini akan direbus sehingga air yang keluar dari buah belimbing ini kering. Ia direbus dengan menggunakan dapur kayu kerana ia lebih jimat lagi pun ia tidak merosakan dapur kerana sifat asidnya. Untuk mengelakan bahagian bawah nya hangus. Mak saya biasanya akan menggunkan pelepah pisang sebagai alas di bahagian bawah tin, ia macam petua la tu cara bijak untuk tidak membazirkan belimbing dari ia menjadi hangus di bahagian bawanya.Belimbing yang dihasilkan dengan baik boleh disimpan lebih dari 5 tahun.

Dan dalam keluarga kami memang semua orang akan menyukainya. Jika dihidangkan pada tetamu pasti ada yang akan minta resipi dan belimbingnya. Tapi mak saya selalu kata jangan tunjuk sangat kat orang, pokok belimbing kita ni ada 1 je nak kongsi 10 orang. Belimbing ni bukan buah tiapx2 tahun. Bukan kedekut mak saya kata tapi jimat. Ya la tu........... mari kita lihat bahan untuk menghasilkanya

Bahan-bahan:-
  1. Belimbing rebus
  2. Cili padi
  3. Bawang putih
  4. Bwang merah
  5. Ikan Bilis
  6. Secubit garam
  7. Sedikit bahan perasa
  • Semua bahan di atas ditumbuk dengan lesung batu....... pakai blander boleh tapi tak sedap............
  • Selepas hancur bahan ini digoreng bersama minyak yang sederhana banyak 

2 comments: