"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, August 17, 2010

Kek Batik




Kek Batik @ Kuih Biskut Merry
Saya panggil kuih ABC ............. sebab membuatnya memang semudah ABC.......... Tapi silap gaya tak menjadi...... Kuih ini memang menjadi kegemaran kanak-kanak kerana ia bercokelat dan rasanya yang lemak. Kalau di rumah saya 1 adunan memang tak cukup ................. seperti kebiasaanya yang pertama untuk budak-budak dan orang didapur sahaja.......... adunan kedua baru la cukup untuk kaum-kaum bapa....... adunan ketiga baru la sempat untuk tetamu yang datang .............. Terdapat berbagai resipi dan cara untuk membuatnya namun rasanya tidak banyak berubah..........

Bulan ramadhan tahun ini saya berkesempatan membantu kakak saya menjual di bazar ramadahan.... kuih ini mendapat sambutan yang mengalakan. Bagi saya kuih ini mudah dilakukan kerana ia tidak rumit. Seperti kebiasaanya baru saya perasan rupanya cara membuat kuih ini berbeza dari kakak saya. Saya pun tak tau bila saya mencipta resipi baru yang memang asalnya saya ambil dari kakak saya.Hehehe saya tau saya kan pemalas.......... kakak saya memang suka pukul memukul..................

So sebab pukul-memukul itu lah saya malas saya tukar cara membuatnya............... jom kita tgk dan cuba la buat bagi sesiapa yang suka..........

Bahan-bahanya:

Resipi Asal
  1. Butter cup 500g
  2. Biskut merry 1 paket ( setiap keping patah 2)
  3. Telur 1 biji
  4. Sebuk cokelat ( ikut suka )
  5. Susu pekat manis (setengah tin)
  6. 2 cawan air 
  • Panaskan butter cup hingga cair
  • Pukul telur bersama susu pekat manis dan cokelat bersama 2 cawan air 
  • Masukan bahan yang dipukul tadi kedalam buttercup yang telah cair
  • Masak sehingga ia pekat dan nampak berminyak
  • masukan biskut merry yang telah dipatah dua kedalam kuali kacau hingga rata
  • Tutup api dan mampatkan di dalam bekas 
 Resipi saya ( apa je yg ada kat dapur masuk je asalkan logik)

  1.  Kalau tak de butter cup saya hentam pakai majerin (Cairkan)
  2. Susu pekat manis  klu tak de pakau gula ( tapi tak sedap) nak sedap lagi pakai  susu cair satu tin
  3. Serbuk cokelat kalau tak de pakai milo atau milo + sebuk cokelat  saya suka letak nescafe sebab ada rasa pahit tak la lemak n manis sangat.
  4. Pakai perasa vanila tak tau kenapa sebab guna telur kot takut bau hanyir
  5. Air tak perlu kalau guna susu cair 
  6. Biskut tak payah patah dua.......... nanti guna sudip je pecahkan dlm kuali( org malas) 
Orang rajin patah dulu dalam besin

    Bahan tadi dimasukan dalam blander so tak yah pukul.......... heheheh

    Petua:
    1. Kalau suka kek lembab lebihkan air atau susu cair dan kacau di atas dapapur hingga rata
    2. Kalu suka biskut ranggup setalah bahan yang dimasak tadi bertukar warna dan masa tutup api.... biarkan sejuk sedikit
    3. Kemdian masukan biskut dan ratakan

    Panaskan Butter Cup


    Pukul sehingga sebati susu pekat manis, serbuk cokelat, telur dan air













































































    No comments:

    Post a Comment