"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, August 17, 2010

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak tempoyak merupakan salah satu masakan tradisi orang pahang. Masak tempoyak kami berbeza dengan dorang negeri sembilan atau perak. Ia juga masakan ABC sungguh mudah tapi tiadak semua orang dapat menghasilkan rasanya yang benar-benar sedap. Dalam keluarga kami semuanya boleh memasak tempoyak ini tapi bagi saya rasanya memang sama sekali tidak sama. Dan dalam hal ini hanya seorang sahaja  yang berjaya memasak masaktempoyak yang membuatkan saya makan dengan berseleran sekali iaitu kakak ipar ipar saya ianya benar-benar menepati citarasa saya.Masakan tempoyak ini sangat simple dan mudah....

Bahan-bahanya:

  1. Tempoyak ( biasanya tempoyak masam)
  2. Cili padi
  3. Kunyit hidup
  4. Air 
  5. Garam
  6. Daum kesum @ kantan @ kesin( sejenis pokok hutan macam daun kunyit) 
  7. Ikan ( biasanya ikan sungai seperti patin dan talipia)
  8. Ramapai ( biasanya kami akan mencampurkan nya dengan ubi keledek, ubi kayu, keladi, timun, terung atau bendi)

No comments:

Post a Comment