"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Showing posts with label Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Keluarga. Show all posts

Sunday, October 3, 2010

Open House ( Kak Long) 2010




Macam biasa la........... bila lepas raya saya akan menjadi tukang masak undangan untuk memasak jamuan raya. rasanya sudah beberapa tahun. Bila memasak hari raya kalau untuk family saya ni biasanya hampir mencecah makan untuk 100 orang juga, penat  huhuhu...........

Untuk raya kali ini kak long saya menu wajib macam biasa tak ubah............
  1. Pulut Kuning
  2. Rendang Ayam Pencen@Telur Bersama Daun Puding
  3. Rendang Ayam Biasa
  4. Bihun
  5. Nasi Himpit
  6. Kuah Kacang
  7. Laksa
  8. Agar-agar


Malah kali ini sempat pulak kak long menempah roti jala. Tapi kali ini memandangkan beliau sibuk jadi terpaksalah saya menjadi tukang masak utama. Sudah la tak berapa pandai masak pulak seorang-seorang kerana kak long saya memenuhi undangan open house yang lain.  Rupanya mencabar juga memasak ni naik melecur lidah merasa nak bagi sedap...........




Tapi walauapa pun terima kasih la kak long kerana bagi kepacayaan untuk saya memasak kerana kali ni kira sepenuhnya diserahkan kepada saya. Pandai ke ........... tidak ke.............. sedap ke masak je la.Antara yang paling mencabar kuah kacang itu memang susah nak masak sebab saya janrang memasak kauh kacang ni. Mujur jadi la menjadi.........walaupun hakikatnya saya hentam sahaja. Nasi himpit 16 ketul besar.










Laksa juga dari air tangan saya.......... tapi memandangkan laksa tu kira selalu masak so no problem la. Boleh la. Kali ni laksa saya bagi A kerana berjaya menghasilkan laksa yang sunggu pedas. Berapi kata orang....... % paket laksa.



Bihun juga air tangan saya......... saya klu gorenng bihun cuak juga sebab jarang buat. Bihun kali ni rasanya lebih sedap dari yang saya goreng tahun lepas. 6 paket semuanya.










Pulut Kuning ni memang yang palin saya suka. Pulut dan rendang daun puding inilah yang membezakan istimewanya Open House rumah kak long saya ini. Pulut kuning ini juga dimasak oleh saya 3 kilo semuanya.


Dan selebinya dimasak sendiri oleh tuan rumah.........................

Monday, August 9, 2010

Menu Ramadhan 2010

Lusa iaitu 11/8/2010 semua umat islam akan menyambut puasa bagi pusingan tahun ini. Seperti biasa di bulan ramadhan ini ia akan menjadi bulan makanx2 bagi kebanyakan orang. Pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat ada yang mengaturkan hotel yang perlu dikunjungi untuk menikmati aneka makanan yang disediakan. Ada juga yang akan membuat pusingan di Bazar ramadhan yang dibuka di kebanyakan tempat walaupun di sebuah pekan kecil. Ada juga suri rumah tangga berdiskusi di bawah pokok dan tingkap untuk berbincang menu hari ini. Manakala bagi mereka yang berkemapuan menelusuri arus jalur lebar akan membincangkanya di YM, FB dan blog........... Begitulah suasana ramadhan setiap tahun.

Bagi saya apa yang paling mengembirakan adalah dapat berbuka puasa bersama ibu tercinta dan memghidangkan juadah berbuka puasa dari air tangan saya sendiri. Melihat beliau menikmati air tangan saya dengan penuh berselera menjadikan saya tersangat bahagia. .............

Nak balik umah n jumpa mak horeyyyyyyyyyyyyyy

Sunday, August 8, 2010

Ramadhan 2010

Selamat berpuasa semua. Saya mengharapkan kali ini dapat melaluinya dengan penuh bermakna lagi. Seperti yang saya selalu kata ramadan pasti datang dan pergi. Dan sepeti biasa juga kemeriahan pesta jualan makanan akan berganda. Di mana-mana pasti ada orang yang akan mengambil kesempatan ini untuk menambah rezeki terutamanya ketika bulan ramadhan. Jualan makanan akan bertambah dengan beraneka pilihan makanan. Banyak hidangan pelik- pelik yang hanya akan muncul ketika ramadhan sahaja selain penjual yang menjualnya juga berniaga setahun sekali sahaja.

Untuk tahun ini dijangkanan kita semua akan mula berpuasa pada 11/ 8/2010 seperti biasa memori memulakan hari pertama ramadhan bersama keluarga menjadi kenagan. dahulu ketika saya masih menetap di kampung kami sekeluarga akan berkumpul dan memulakan sahur yang pertama beramai-ramai terutamanya bersama 2 orang kakak dan seorang abang saya yang tinggal berdekatan akan balik dan berkumpul. sungguh menyeronokan.

Seperti biasa keluarga saya juga di bulan ramadhan kami juga ada beberapa jenis  makanan yang jarang dimasak ketika masa lain  kerana lebih kerap dimasak pada bulan ramadhan. Salah satunya adalah kuih buah melaka kukus. Memang sedap ............ nyumx2