Macam biasa la........... bila lepas raya saya akan menjadi tukang masak undangan untuk memasak jamuan raya. rasanya sudah beberapa tahun. Bila memasak hari raya kalau untuk family saya ni biasanya hampir mencecah makan untuk 100 orang juga, penat huhuhu...........
Untuk raya kali ini kak long saya menu wajib macam biasa tak ubah............
- Pulut Kuning
- Rendang Ayam Pencen@Telur Bersama Daun Puding
- Rendang Ayam Biasa
- Bihun
- Nasi Himpit
- Kuah Kacang
- Laksa
- Agar-agar
Malah kali ini sempat pulak kak long menempah roti jala. Tapi kali ini memandangkan beliau sibuk jadi terpaksalah saya menjadi tukang masak utama. Sudah la tak berapa pandai masak pulak seorang-seorang kerana kak long saya memenuhi undangan open house yang lain. Rupanya mencabar juga memasak ni naik melecur lidah merasa nak bagi sedap...........
Tapi walauapa pun terima kasih la kak long kerana bagi kepacayaan untuk saya memasak kerana kali ni kira sepenuhnya diserahkan kepada saya. Pandai ke ........... tidak ke.............. sedap ke masak je la.Antara yang paling mencabar kuah kacang itu memang susah nak masak sebab saya janrang memasak kauh kacang ni. Mujur jadi la menjadi.........walaupun hakikatnya saya hentam sahaja. Nasi himpit 16 ketul besar.
Laksa juga dari air tangan saya.......... tapi memandangkan laksa tu kira selalu masak so no problem la. Boleh la. Kali ni laksa saya bagi A kerana berjaya menghasilkan laksa yang sunggu pedas. Berapi kata orang....... % paket laksa.
Bihun juga air tangan saya......... saya klu gorenng bihun cuak juga sebab jarang buat. Bihun kali ni rasanya lebih sedap dari yang saya goreng tahun lepas. 6 paket semuanya.
Pulut Kuning ni memang yang palin saya suka. Pulut dan rendang daun puding inilah yang membezakan istimewanya Open House rumah kak long saya ini. Pulut kuning ini juga dimasak oleh saya 3 kilo semuanya.
Dan selebinya dimasak sendiri oleh tuan rumah.........................
No comments:
Post a Comment