"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, October 18, 2010

Nasi Goreng Fairus Versi Lisa

Akhirnya terlaksana juga cita-cita nak masak nasi goreng Fairus dan mengcerahkan peti saya yang terlalu gelap dengan makanan tu. Dengan menggunkan bahan yang sedia ada iaitu lenih nasi lemak yang dimasak untuk sarapan yang dah 1 hari di simpan. Dalam peti pula ada sayur-sayur lebih dan kecut semuanya tulah bermulanya kisah nasi lemak ditambah pula ada geng untuk makan. Maka dengan penuh gembiranya saya menyediakan nasi lemak.

Antara bahan gabungan yang digunakan adalah kerang dalam tin, lebih air asam kak ina, sardin, dan petai yang dah kecut..........Hasilnya tidak mengecewakan............ lazat

No comments:

Post a Comment