Lusa iaitu 11/8/2010 semua umat islam akan menyambut puasa bagi pusingan tahun ini. Seperti biasa di bulan ramadhan ini ia akan menjadi bulan makanx2 bagi kebanyakan orang. Pelbagai ragam manusia yang dapat kita lihat ada yang mengaturkan hotel yang perlu dikunjungi untuk menikmati aneka makanan yang disediakan. Ada juga yang akan membuat pusingan di Bazar ramadhan yang dibuka di kebanyakan tempat walaupun di sebuah pekan kecil. Ada juga suri rumah tangga berdiskusi di bawah pokok dan tingkap untuk berbincang menu hari ini. Manakala bagi mereka yang berkemapuan menelusuri arus jalur lebar akan membincangkanya di YM, FB dan blog........... Begitulah suasana ramadhan setiap tahun.
Bagi saya apa yang paling mengembirakan adalah dapat berbuka puasa bersama ibu tercinta dan memghidangkan juadah berbuka puasa dari air tangan saya sendiri. Melihat beliau menikmati air tangan saya dengan penuh berselera menjadikan saya tersangat bahagia. .............
Nak balik umah n jumpa mak horeyyyyyyyyyyyyyy
"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"
~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~
Monday, August 9, 2010
Air Perasa Peanut Butter
Huhuh air perasa baru ini dicipta pertama kerana saya baru mendapati bahawa saya:-
Hasilnya air perasa peanut butter.......................
- Tidak boleh hidup tanpa kopi dan nescafe
- Menghabiskan 3 in 1 yang dah berkurun sebelum tarikh luput
- Sejak tak kerja ni saya dah pandai buat air bayak-banyak biasanya 1 jag bukan lg 1 mug
- Dalam peti ais perlu ada air masak dan juga air yang ada rasa manis untuk dijadikan sumber tenaga
- Saya ada susu FN tongkat ali dan ginseng ( beli sebab bak penutup dia)
Hasilnya air perasa peanut butter.......................
Sunday, August 8, 2010
Ramadhan 2010
Selamat berpuasa semua. Saya mengharapkan kali ini dapat melaluinya dengan penuh bermakna lagi. Seperti yang saya selalu kata ramadan pasti datang dan pergi. Dan sepeti biasa juga kemeriahan pesta jualan makanan akan berganda. Di mana-mana pasti ada orang yang akan mengambil kesempatan ini untuk menambah rezeki terutamanya ketika bulan ramadhan. Jualan makanan akan bertambah dengan beraneka pilihan makanan. Banyak hidangan pelik- pelik yang hanya akan muncul ketika ramadhan sahaja selain penjual yang menjualnya juga berniaga setahun sekali sahaja.
Untuk tahun ini dijangkanan kita semua akan mula berpuasa pada 11/ 8/2010 seperti biasa memori memulakan hari pertama ramadhan bersama keluarga menjadi kenagan. dahulu ketika saya masih menetap di kampung kami sekeluarga akan berkumpul dan memulakan sahur yang pertama beramai-ramai terutamanya bersama 2 orang kakak dan seorang abang saya yang tinggal berdekatan akan balik dan berkumpul. sungguh menyeronokan.
Seperti biasa keluarga saya juga di bulan ramadhan kami juga ada beberapa jenis makanan yang jarang dimasak ketika masa lain kerana lebih kerap dimasak pada bulan ramadhan. Salah satunya adalah kuih buah melaka kukus. Memang sedap ............ nyumx2
Untuk tahun ini dijangkanan kita semua akan mula berpuasa pada 11/ 8/2010 seperti biasa memori memulakan hari pertama ramadhan bersama keluarga menjadi kenagan. dahulu ketika saya masih menetap di kampung kami sekeluarga akan berkumpul dan memulakan sahur yang pertama beramai-ramai terutamanya bersama 2 orang kakak dan seorang abang saya yang tinggal berdekatan akan balik dan berkumpul. sungguh menyeronokan.
Seperti biasa keluarga saya juga di bulan ramadhan kami juga ada beberapa jenis makanan yang jarang dimasak ketika masa lain kerana lebih kerap dimasak pada bulan ramadhan. Salah satunya adalah kuih buah melaka kukus. Memang sedap ............ nyumx2
Monday, August 2, 2010
Laksa Redup Rimba
Laksa merupakan salah satu makana ringkas dan disukai ramai orang, Ia juga mudah disediakan dan berkhasiat. Bercerita tengang laksa ini, saya merupakan peminat setia laksa. Biasanya laksa merupakan menu yang paling selalu menjadi menu kami ketika berkumpul bersama ahli keluarga di kampung. Tidak dinafikan laksa masakan sendiri memang lah sedap. Nyummmmmmmmx2
Sejak saya melanjutkan pengajian jarang sekali dapat berkumpul bersama keluarga di kampung, saya mula merindui laksa, laksa dan laksa. Banyak gerai dan kedai yang saya cuba namun tiada yang dapat menyamai citarasa saya keculi satu. Ia terletak nun jauh di Jalan Tungku Abdul Rahman dan hanya ada pada hari Sabtu sahaja aduh seksanya nak makan laksa. Sudah la biasanya pada hari sabtu dan ahad jadual saya penuh. Nak pergi ke jalan TAR semata untuk makan laksa sekali sekala boleh la........... kalau mengidam selalu teruk la saya macam ni. Laksa di jalan TAR sebut memang la sedap tapi jauh ampun. Laksa Jalan TAR ini saya telak nikmatinyasejak saya kecil lagi dan kedainya kekal hingga ke hari ini. Lokasi jualnya juga tidak pernah berubah sejak berbelas tahun dahulu itu menunjukan ia ada peminatnya yang tersendiri. Saya ingat harganya bermula dari harga RM1.50 hinggalah hari ini laksanya berharga RM 5. Rasanya masih sama cuma harganya tu boleh tahan mahalnya.
Banyak juga gerai-gerai yang saya cari untuk mengantikan Laksa jalan TAR ini. Kerana ia bukan sahaja sudah mahal sejak saya semakin dewasa ini saya makin tidak menyukai kesesakan seumpanya yang berlaku di jalan TAR sesak dan sesak. Saya lebih suka mengelak dari menghampiri kawasan sedemikian. Akhirnya saya telah bertemu dengan laksa redup rimba yang terletak di jalan Bangi lama. Rasanya sudah dapat mengalahkan laksa Jalan TAR dan mampu mengalahkan laksa masakan saya sendiri. Hargnya cuma RM 3 dan ia didatangkan bersama pakej cendol pulut, biasa atau tapai yang sungguh lazat. Lokasinya di tepi jalan dan terletak di tepi hutan simpan UKM. Dahulu sebelum hutan simpan UKM ini di pagar sebahagian kerusi dan mejanya disusun di dalam hutan simpan ini sehingga ada yang memanggilnya laksa tepi hutan. Jika anda semua berkesempatan silalah berkunjung ke gerai ini. Pastinya tidak menghampakan dan jika berkesempatan ia akan dikunjungi lagi.
PKNS BANGI
Nasi Goreng merupakan salah satu hidangan yang saya suka makan dan juga masak kerana ia mudah dan boleh menyenangkan kerja. Kalau nak masak makan tengah hari atau malam dah tentu kita kena pikir bagai mana nak mencipta makanan yang seimbang. Kalau lah hidangan nasi goreng ini dapat disediakan ia akan menjadi lebih mudah kerana boleh dicampur sekali. Tapi kalau hari-hari pun makan nasi goreng masalah juga sekali sekala boleh la.Selain dari masak sendiri kita juga kena tahu kedai-kedai yang dapat memenuhi citarasa kita. Hemmm saya sangat lah mengemari nasi goreng yang terdapat PKNS bangi. Bagi saya semua makanan yang disediakan di sini lazat belaka nyumx2. Nasi goreng Fairuz merupakan nasi goreng ksukaan saya ia merupakan nasi yang digoreng bersama sardin dan kerang. Rasanya sungguh lazat dimakan pula bersama cili jeruk wowwwwwwwww.
Selain nasi goreng yang pelbagai jenis kedai nini juga turut menyediakan menu lain seperti Nasi Ayam, Lempeng, Kuih Tiew goreng, Char Kuih Tiew, Mee Kari, Mee Sup, Yong Tau fu dan macam macam lagi. semunya sedap belaka. Harganya pula berpatutan danservisnya pula cepat. Tak perlu menunggu lama. Gerai ini terletak di food court PKNS di tingkat 2. Gerai ni terletak di hujung sekali dan menjual masakan panas.
Pembaziran Makanan
Ini adalah sebahagian dari makan-makan yang telah saya buang kerana telah tamat tarih luputnya. Hai Lisa banyak benar kamu membazir sejak kebelakangan ini. Orang lain kebulur tak makan kamu senang-senang je buang makanan. Opsss macam biasa la mane boleh salahkan diri sendiri kan, Ni semua angkara saya sibuk sangat kononya pada sayu masa dahulu. Hehehehe barang yang lepas usah dikenang tapi kesibukan itu memanglah salah satu sebab kenapa ia tak sempat dimakan dan dihabiskan. Ia tak sepatutnya dibazikan begitu sahaja.
Tapi ni salah saya juga bukankah orang kata jangan la membazir beli hanya yang perlu sahaja. Betul apa saya beli apa yang perlu sahaja, tapi tak sempat makan. Bukan ini sahaja yang telah saya bazirkan saya juga telah membuang stok meggi yang pelbagai jenis dan perasa. Malah saya juga telah bazirkan makanan sejuk beku saya yang penuh satu peti ais huhuhu.......... sayangnya semua makanan tersebut. Antaranya adalah Nugget, chicken wing, Hash brown, sausage, ayam pop corn, Ikan, ayam, sotong dan beberapa jenis dan jenama nugget hemmm.
Kini saya semakin berhati-hati membeli dan cuba menggunakan konsep beli apa yang perlu dan habiskan apa yang ada dahulu. Memanglah seksa nak mengamalkan amalan tersebut saya kan suka shopping dan membeli terutamanya makanan. Hahahaha Alhamdullilah untu makanan kering saya berjaya untuk mengamalkanya tetapi untuk makanan harian hehehe masih seperti dahulu. Beli, beli dan beli lepas tu makan satu lebihnya buang atau simpan dalam peti ais. Ketika post ini ditulis dalam peti ais itu selain ada bahan basah ada nasi goreng, ikan tongkol masak belimbing, spaggeti, laksa, keropok lekor dan juga kuih pasar malam. Bila mau makan.......... sabar ya nanti saya makan.
LISA OH LISA
Pancake Durian Mid Valley
Subscribe to:
Posts (Atom)