"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, July 13, 2010

Bagaimana ia bermula (ii)

Memandangkan ibu saya menoreh getah dan bapa saya bekerja sebagai tukang kebun. Rutin memasak itu dilakukan bersama sebaik sahaja kami pulang dari sekolah ibu saya biasanya sedang memasak dan bapa saya akan menolong ibu saya memasak. Seingat saya saya sudah mula dibenarkan memasak sejak saya berusia 8 tahun ini kerana pada masa itu saya bersekolah petang. Jadi saya hanya tinggal seorang diri dirumah sementara mereka keluar bekerja. Pada masa ini ibu saya akan membuat bancuhan tepung  seperti lempeng, goreng pisang atau jemput-jemput, untuk saya jadikan sarapan. Pada masa itu saya sudah pandai mengoren telur, memasak meggi ketika tinggal seorang diri dirumah.Pada hari cuti pula saya digalakan untuk memasak dengan ibu saya hanya memberi arahan dan bahan yang diperlukan untuk memasak. Memandangkan saya memiliki 4 orang kakak  jauh berusia dari saya dan mereka ini semua memang pakar memask. Yang peliknya saya tidak penah belajar memasak dan ketika mereka memasak saya hanya jadi pemerhati. Bila mereka tiada saya akan tiru sahaja dah hasilnya tidak mengecewakan dan seperi biasa saya akan ubahsuai resepi tersebut terlebih dahulu.Dan kerana tidak pernah bergurulah saya ada macam-macam pengalaman ketika memasak.

No comments:

Post a Comment