"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Thursday, July 29, 2010

Peristiwa Bulan Ramadhan 2007

Hemm saya masih teringat bagai mana saya membuat majlis buka puasa untuk beberapa orang rakan lama saya dengan hanya memasak dengan menggunkan 1 periuk nasik elektrik sahaja. Sekali pikir ok tapi bila pikir 2 kali berseta dengan menunya kagum pulak saya jadinya. Maklum la ketika itu saya baru sahaja menyambung kembali pengajian saya ke peringkat yang lebih tinggi. Dan saya juga tinggal di asrama pelajar,  baru beberapa bulan sahaja saya memulakan pengajian ketika bulan ramadhan tersebut.

Ini adalah memenuhi permintaan adik-adik saya yang pernah menjadi rakan di aras yang sama dengan saya ketika saya  belajar di Bangi. Dari bermain MSG hinggalah terjadinya perjanjian untuk berjumpa dan berbuka bersama-sama dan seperti biasa minat saya terhadap masakan ini diketahui oleh semua orang dan biasanya mereka akan meminta apa saha jenis makanan untuk di masak oleh saya. Dan kali ini mereka mohon saya masak paprik ayam.

Huhuhu adik-adik tidak kah kamu tahu kakak kamu ini tidak pernah masak paprik ayam. Sudah puas saya mintak tukar resipi lain tapi mereka menolak, katanya ala akak masak apa pun sedap akak cuba la. Hemmm cuba la......... ya la cuba la. Sudahnya saya membuat panggilan telefon kepada sifu-sifu saya untuk ayam masak paprik.Hentam je la labu. Sudahnya pada hari tersebut saya mula masak sejak jam 2 petang dengan menggunakan 1 periuk nasik.

Menunya adalah:
  1. Nasi putih
  2. Ayam Masak Paprik
  3. Ikan Tongkol Masak Belimbing
  4. Mee Goreng
  5. Puding Cokelat
  6. Buah Tembikai
Kenangan sungguh pada masa tersebut.......... sebabnya saya ni bukan la berdikari sangat tapi boleh pulak masak guna periuk nasi...... kononya la kalu nak masak kena ada pekakas yang lengkap. Rupanya kalau terdesak boleh la pulak masak hentam jer.

No comments:

Post a Comment