"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, July 12, 2010

Kuih Tart Nenas

Ini adalah satu pengalaman yang tidak boleh saya lupakan sepanjang saya melibatkan diri dalam dunia masakan ini sehinggalah ia ditulis hari ini ketika usia saya sudah menginjak ke 26 tahun. Ia adalah satu pengalaman saya saya kira agak kelakar dan ia dapa mengambarkan kegigihan kami adidik beradik mengusahakanya sehingga berjaya tanpa putus asa.

Kuih Tart nenas menjadi kesukan kami sekuarga dan dalam keluarga besar seperti saya yang kedudukan kewangan nya biasa-biasa sahaja memyebakan kami setisa membuat kuih raya sendiri. Kuih tart nenas ini adalah antara kuih yang mahal untuk dibeli, jadi kami berusaha untuk membuatnya.Maka terjadilah beberapa peristiwa sepanjang membuatnya tak silap saya selama 3 tahun kami berusaha mencipta kuih tart nenas berdasarkan resipi yang diberikan ternyata hasilnya menghampakan.

Antara peristiwa yang tidak boleh saya lupakan kuih tart itu berbuih-buih ketika dibakar, kuihnya menjadi liat dan langsung tidak boleh disentuh dengan tangan kerana ia akan hancur dan juga keras seperti batu. Saya tidak pasti dimana silapnya adakah kerana resipi yang diberikan atau apa.Sehinggalah akhirnya kakak saya yang sulung mendapatkan resepi kuih ini dari rakanya. resepi ini jauh lebih mudah dari yang sebelumnya dan tidak menggunakan banyak bahan.

Itu baru cerita pasal resipi tidak lagi kepada proses membuatnya yang sememangnya rumit dan leceh. tapi demi kuih kesukaan kami sekeluarga kami berusaha juga untuk melakukanya.Selepas memperolehi resepi dari kak long saya  dan beberapa tahun pengalaman membuat kuih ini. Kini kami sudah  dikira pakar dalam membuatnya semuanya semudah ABC.

No comments:

Post a Comment