"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, July 12, 2010

Terciptanya Blog Ini

Terciptanya blog ini adalah kerana cinta saya kepada dunia masakan dan makanan. Saya selalu mencuba masakan dan mencuba kedai-kedai makan yang selalu dikatakan terbaik. Saya selalu mengimpikan rumah itu menjadi dunia saya tanpa perlu saya meninggalkanya untuk bekerja di luar. Saya selalu mengingatkan bahawa satu hari nanti saya seharusnya memiliki sebuah dapur yang serba lengkap dan indah untuk saya meluahkan rasa cinta saya kepada dunia masakan dan menghidangkanya dengan penuh kasih  sayang dan kebahagian kepada seluruh ahli keluarga, jiran tetangga dan rakan taulan.

Melihat orang lain menikmati masakan saya membuatkan saya bahagia tidak bertepian. Saya bukan sahaja suka memasak saya juga suka menikmati makanan yang dapat memberikan kepuasan kepada jiwa saya. Sebab utama saya memasak adalah kerana kadang-kadang ada sesetengah masakan tidak boleh dimasak oleh orang lain kerana tidak menepati selera saya atau saya belum bertemu dengan mereka yang memasaknya mengikut selera saya. Antara masakan tersebut adalah Mee Sup, Bihun Singapore, Mee Goreng, Mee Kari, Mee goreng Basah, Nasi Ayam  dan Laksa.

Saya juga suka mengubah suai resipi yang diperolehi dan jika memasak selalu membuatnya dengan gaya yang tersendiri kerana bagi saya tiada peraturan dalam dunia masakan ini. Kerana saya selalu berkata memasak ini satu seni yang tiada peraturan dan betul salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya.Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan adalah dunia masakan memang unik. Dari bahan- bahan asas ia boleh bertukar menjadi ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.

No comments:

Post a Comment