"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, July 13, 2010

Bagai Mana Ia Bermula (i)

Bagai mana ia bermula???

Saya merupakan anak bongsu dari 10 orang adik beradik dan anak bongsu yang mempunyai jarak yang sangat jauh dengan adik beradik yang no dua terakhir iaitu kakak saya. Jarak usia kami 9 tahun. Ini menjadikan saya dibesarkan seperti anak tunggal kerana seingat saya sejak saya kecil lagi kesemua adik beradik saya sudah mula bekerja di luar dan tidak menetap bersama keluarga. Manakala kakak dan abang saya yang paling hampir dengan saya bersekolah di asrama, dan dalam kebanyakan masa saya akan menghabiskan masa bertiga sahaja di rumah saya.

Bapa saya meninggal dunia pada tahun 1997 ketika saya berusia 12 tahun. Sepanjang saya hidup bersamanya saya masih ingat beliau sentiasa menjadi bapa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Beliau bekerja sebagai tukang kebun di Sek Keb jenis china di sebuah pekan. Ibu saya bekerja sebagai penoreh getah di kebun sendiri, yang terletak betul betul di seberang jalan di hadapan rumah kami. Walaupun bapa saya selalu mengatakan kepada ibu saya dalah lebih baik jika ia diupah kepada orang lain. Dan ia dibantah sekerasnya oleh ibu saya katanya dia sudah biasa.

Tidak dinafikan satu ketika dulu hidup kami sekeluarga agak susah maklumlah dengan gaji bapa saya yang didak beberapa sebagai tukang kebun sekolah dan memiliki anak seramai 10 orang. Bertuahnya  saya  kerana dilahirkan pada masa keluarga saya memiliki ekonomi yang sudah setabil. Menurut adik beradik saya yang lain mereka semua merasa ketika zaman rumah kami masih lagi kecil dan dibuat dari dan ada sebahagianya menggunakan buluh, ketika masih tiada elektrik dan bekalan air. Sedangakan ketika saya lahir kami telah berpindah kerumah baru yang jauh lebih selesa, memiliki bekalan air dan elektrik. ( bersambung)

No comments:

Post a Comment