"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"
~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~
Showing posts with label Aku. Show all posts
Showing posts with label Aku. Show all posts
Tuesday, November 2, 2010
A basket of fruit for november
Hahaha semangat nak makan buah.............. buah limau yg beli kat econsave ari tu lum habis lagi. Ni gara-gara terpengaruh dengan kak ina la ni. Beli buah kat pasar malam China kat subang jaya. Aku pelik dengan akak aku ni pasar malam cina pun dia boleh pergi. Entah mane dia tau aku pun tak tau. Tapi memang tak dinafikan buah dia segar ............... berkerup-krup makan........... rapuh. tak macam setengan buah yang beli kat shopping center or pasaraya or pasar malam. Lemau jer nak makan pun tak selera.....
Untuk bakul yang ini aku dah habiskan 1 biji pear, 2 biji apple merah dan dua biji apple hijau.Buah oren belum rasa lagi. tak de selera masam jer......... aku ni tak seumpama perempuan lain yang suka masam. Aku lebih suka buah yang pahit.
Sebenarnya dah lame tak beli buah ni biasa beli buah buahan tempatan jer. Ikut musim ler rambutan, langsat, duku, mangga, limau, ciku, nangka, pisang, salak, jambu batu, jambu air. Kira buah-buah import ni aku kurang sikit.
Sunday, October 3, 2010
Majlis Tiup Lilin Ke 26...........
03 Oktober 2010 sekali lagi hari untuk saya tiup lilin walaupun sebenarnya bukan tiap-tiap tahun saya ada majlis tiup lilin. Memandangkan sudah 2 tahun saya menyambut hari tipu lilin dalam bulan syawal. Kalau tak silap saya tahun 2009 padah hari raya ke 3. Kali ini masih lagi dalam suasana hari raya.
Terima kasih kak long buat open house sama dengan hari tiup lilin saya. Terharu siap ada kejutan lagi dari mereka bertiga. Walaupun sebenarnya dah tau hehehe.............. Terima kasih juga Dayana buatkan kad untuk hari jadi saya dan ambilkan kuih koci dan ketupat palas sebagai hadiah.
Tuesday, July 13, 2010
Bagaimana ia bermula (ii)
Memandangkan ibu saya menoreh getah dan bapa saya bekerja sebagai tukang kebun. Rutin memasak itu dilakukan bersama sebaik sahaja kami pulang dari sekolah ibu saya biasanya sedang memasak dan bapa saya akan menolong ibu saya memasak. Seingat saya saya sudah mula dibenarkan memasak sejak saya berusia 8 tahun ini kerana pada masa itu saya bersekolah petang. Jadi saya hanya tinggal seorang diri dirumah sementara mereka keluar bekerja. Pada masa ini ibu saya akan membuat bancuhan tepung seperti lempeng, goreng pisang atau jemput-jemput, untuk saya jadikan sarapan. Pada masa itu saya sudah pandai mengoren telur, memasak meggi ketika tinggal seorang diri dirumah.Pada hari cuti pula saya digalakan untuk memasak dengan ibu saya hanya memberi arahan dan bahan yang diperlukan untuk memasak. Memandangkan saya memiliki 4 orang kakak jauh berusia dari saya dan mereka ini semua memang pakar memask. Yang peliknya saya tidak penah belajar memasak dan ketika mereka memasak saya hanya jadi pemerhati. Bila mereka tiada saya akan tiru sahaja dah hasilnya tidak mengecewakan dan seperi biasa saya akan ubahsuai resepi tersebut terlebih dahulu.Dan kerana tidak pernah bergurulah saya ada macam-macam pengalaman ketika memasak.
Bagai Mana Ia Bermula (i)
Bagai mana ia bermula???
Saya merupakan anak bongsu dari 10 orang adik beradik dan anak bongsu yang mempunyai jarak yang sangat jauh dengan adik beradik yang no dua terakhir iaitu kakak saya. Jarak usia kami 9 tahun. Ini menjadikan saya dibesarkan seperti anak tunggal kerana seingat saya sejak saya kecil lagi kesemua adik beradik saya sudah mula bekerja di luar dan tidak menetap bersama keluarga. Manakala kakak dan abang saya yang paling hampir dengan saya bersekolah di asrama, dan dalam kebanyakan masa saya akan menghabiskan masa bertiga sahaja di rumah saya.
Bapa saya meninggal dunia pada tahun 1997 ketika saya berusia 12 tahun. Sepanjang saya hidup bersamanya saya masih ingat beliau sentiasa menjadi bapa yang terbaik untuk kami sekeluarga. Beliau bekerja sebagai tukang kebun di Sek Keb jenis china di sebuah pekan. Ibu saya bekerja sebagai penoreh getah di kebun sendiri, yang terletak betul betul di seberang jalan di hadapan rumah kami. Walaupun bapa saya selalu mengatakan kepada ibu saya dalah lebih baik jika ia diupah kepada orang lain. Dan ia dibantah sekerasnya oleh ibu saya katanya dia sudah biasa.
Tidak dinafikan satu ketika dulu hidup kami sekeluarga agak susah maklumlah dengan gaji bapa saya yang didak beberapa sebagai tukang kebun sekolah dan memiliki anak seramai 10 orang. Bertuahnya saya kerana dilahirkan pada masa keluarga saya memiliki ekonomi yang sudah setabil. Menurut adik beradik saya yang lain mereka semua merasa ketika zaman rumah kami masih lagi kecil dan dibuat dari dan ada sebahagianya menggunakan buluh, ketika masih tiada elektrik dan bekalan air. Sedangakan ketika saya lahir kami telah berpindah kerumah baru yang jauh lebih selesa, memiliki bekalan air dan elektrik. ( bersambung)

Subscribe to:
Posts (Atom)