"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Tuesday, November 2, 2010

A basket of fruit for november


Hahaha semangat nak makan buah.............. buah limau yg beli kat econsave ari tu lum habis lagi. Ni gara-gara terpengaruh dengan kak ina la ni. Beli buah kat pasar malam China kat subang jaya. Aku pelik dengan akak aku ni pasar malam cina pun dia boleh pergi. Entah mane dia tau aku pun tak tau. Tapi memang tak dinafikan buah dia segar ............... berkerup-krup makan........... rapuh. tak macam setengan buah yang beli kat shopping center or pasaraya or pasar malam. Lemau jer nak makan pun tak selera.....



Untuk bakul yang ini aku dah habiskan 1 biji pear, 2 biji apple  merah dan dua biji apple hijau.Buah oren belum rasa lagi. tak de selera masam jer......... aku  ni tak seumpama perempuan lain yang suka masam. Aku lebih suka buah yang pahit.



Sebenarnya dah lame tak beli buah ni biasa beli buah buahan tempatan jer. Ikut musim ler rambutan, langsat, duku, mangga, limau, ciku, nangka, pisang, salak, jambu batu, jambu air. Kira buah-buah import ni aku kurang sikit.

No comments:

Post a Comment