Hehehe tu la pandai sangat buat perhitungan konon orang ajar buat nasik himpit 1 cawan beras 3 cawan air tu yang jenis masak kemudian letak dalam bekas n lenyet-lenyet kan. Tapi aku nak buat yg macam kat kedai yg dlm plastik tu. Nak pegi beli tapi malas nak keluar, hari pun mendung semacam jer, tapi kalau tak buat ni aku dah tak tau nak buat menu apa untuk sarapan esok....
Jadinya aku rasa cam nak test buat sendiri jer........... aku penah tgk akak aku buat sendiri. Jadi jerr....hehehe tapi aku tak tau cam mane sukatan dia. Kalau pikir logik kena bahagia dua... tapi kenapa yg di masak n dalam periuk tu kena letak 3 air. Pikir punya pikir akau pun buat la juga. Aku letak beras dalam plastik lepas tu lipat plastik ikut beras. Kalau buat cam tu kira bagi dua la. Tapi aku tambah 1 kali lipat lagi jadi bahagi 3. lepas cucuk-cucuk aku pun masak la. Lame juga aku masak 2 jam. lepas tu aku tgk ok la. Nasi dia hancur cantik jerr. Kuah aku nak buat esok pagi sebab kacang dah siap.
Bangun paginya aku pun dengan semangat masak cili kering. Tapi nasib baik aku ni jenis tak sabar aku cuba potong dulu. Alamak lembik adoi langsung tak boleh potong. Membazir betul sayang aku tengok. Sudahnya aku masukan dalam periuk tambah air n jadikan bubur. Aku goreng ikan masing n ikan bilis untuk dimakan bersama bubur. Hehehehe...................... begitulah al kisahnya. Mujur mak tak marah kalau tak mesti kena bebel. Tapi tu yang aku selalu puji mak aku, dia tak penah marah aku kalu aku buat salah dalam bab masak memasak ni sebab dia tau kita mencuba. Dan hasilnya aku tak penah jemu mencuba.
Tak putus asa esoknya aku beli pulak yang segera. Tapi masih degil aku buat juga sendiri nak tau juga cam mana kalau aku lipat dua jer.Aku masak yang beli punya satu dan satu lagi yg aku buat sendiri. Kalu tak jadi yg aku buat ni ada la 1 lagi yg mesti elok punya n boleh makan. Hehehehe nasi himpit yg aku buat tu jadi. Cuma masih lembut, sebab guna beras wangi. Tapi kali ni boleh potong. Berjaya juga lepas ni aku dah tau nak buat cam mana.
"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"
~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment