"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Thursday, September 23, 2010

Laksa dan Rendang Daun Puding

Laksa redup rimba katanya sedap.............. tapi kenapa nak makan  laksa bautan sendiri juga pening la ko ni.....
Heheh jalan jalan di taman herba UKM teklah terjumpa daun puding nyamx2 nak pg umah kak long makan rendang...

Tuesday, September 21, 2010

Food

Authentic, Passionate, Fresh, Fun And seriously Tasty

Load up your sudu- "spoon"

Daging Hitam Manis

Resipi ini dari Siti Fadzila ........... jumpa dari kotak masa kemas hari raya 2010

1 kg daging
3 sudu kicap pekat.....
4 sudu kicap masin
4 sudu kicap cair
200gm Krismis Hitam
130 gm kerisik
1 paket rempah kari daging
4 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
100 gm cili kering
3 cm halia
4 batang serai

Cara-cara
  1. Perap bahan dikisar dengan daging bersama krismis hitam, krisik dan semua jenis kicap.
  2. panaskan minyak masukan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.....
  3. Kemudian masukan daging yang telah dperap selama 2 jam
  4. Tambah bahan perasa dan masak sehingga air daging kering

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan 2010 (Part 2)

Hampir 20 hari ramadhan sudah berlalu........... ramadhan kali ini saya rasa lain dari tahun yang lalu.........kerana tahun ini saya lebih banyak memasak makanan saya sendiri. Makan juga sendiri kadang-kadang kami saya bersama rakan-rakan bebuka bersama dengan membuat sistem giliran dan makan, makanan yang dimasak  sendiri.Ia lebih menyelerakan.... seperti biasa tahun ini rezeki saya masih melimpah ruah sepeti tahun sebelumnya. Alhamdulillah syukur..........  rezeki yang saya perolehi turut di kongsi bersama rakan lain.

Tahun ini juga merupakan sejarah kerana saya paling kurang menjejak kaki ke bazar ramadhan sebagai pembeli... sebagai pembeli kerana saya menjadi penjual selama seminggu di bazar ramadhan. Hahah pengalaman yang menyeronokan kerana tahun ini saya bersungguh membantu kakak saya dari proses masak-memasak, mengemas dan menjual......... penat. Baru saya tau bukan senang nak jadi peniaga huhuhu............bangun jam 4 pagi dan tido jam 12 malam huh penat..........tapi hasinya memang berbaloi-baloi...........

Seperti  biasa menu jualan kakak saya sama sahaja setiap tahun:
  1. Kek batik
  2. Puding jagung
  3. Tepung pelita
  4. Buah melaka
  5. Kuih badak berendam
  6. Pulut panggang
  7. Kuih sagu
  8. Agar-agar merah
  9. Agar-agar santan
  10. Lompat tikam
  11. Puding berkuah
  12. Puding gula hangus/ telur
  13. Bubur kacang
  14. Bubur pulut hitam
  15. Bubur pisang

Tuesday, August 17, 2010

Masak Ompak



Ompak???? pelik je bunyinya........... hemmm tapi ia sangat lazat terutamanya bagi pengemar masakan berasaskan ikan.  Ikan yang menjadi pilihan dan yang paling sesuai adalah ikan tongkol. Ompak ini merupakan satu-satunya resipi warisan dari keluarga sebelah mak saya. Ia juga boleh dikatakan masakan tradisi keluarga kami sahaja, kerana tidak pernah dilakkan oleh orang lain di kampung saya walaupun rupanya hampir sama tapi rasanya berbeza.
Susun daun kunyit di bahagian bawah periuk
Susun ikan
Ikan yang diperap bersama cili


Dengan itu saya dengan sendirinya mengiktiraf ia menjadi resipi warisan keluarga saya. Ia di hasilkan oleh keluarga sebelah mak saya yang berasal dari padang indonesia. Menurut sejarahnya arwah datuk saya telah datang ke malaysia ketika beliau berusia 12 tahun bersama bapanya. Beliau berkawin dengan nenek saya warga negara malaysia. Dan datuk telah mengajar resipi ini kepada nenek saya. bergitulah kata emak saya.Apa istimewanya masakan ini ia berkhasiat selain mampu membuka selera.
Tutup ikan dengan daun kunyit dan masak di atas api yang sederhana

Bahan-bahanya:
  1. Ikan Tongkol (Dibersihkan)
  2. Cili kering ( direbus)
  3. Halia
  4. Kunyit
  5. Bawang putih
  6. Daun Kunyit 
  7. Asam keping
  8. Garam
  9. Bahan Perasa 
  1. Cili kering, halia, bawang putih dan kunyit di blander
  2. Ikan dibersihkandan dipotong ikut kesesuaian
  3. Letakan di ikan dalam besin  dan tuangkan bahan yang diblander( Gaul rata)
  4. Masukan garam dan asam keping  perap selama 2 jam
  5. Daun kunyit dipotong dan disusun di dalam periuk seperti pengalas
  6. Susun ikan diatas daun kunyit dan tuangkan kuah cili tadi tutup dengan daun kunyit
  7. Masukan sedikit air sehingga menutupi ikan
  8. Masak diatas api yang sederhana tambahkan bahan perasa 
  9. Masak sehingga kering seperti rendang

Sambal Hitam


Kenapa namanya sambal hitam kerana warnya memang hitam............. ia sebenarnya  sambal belimbing buluh yang telah direbus. Proses menghasikan belimbing rebus ini sangat lah rumit, saya percaya sambal ini memang makanan tradisi Pahang dan tiada di negeri lain. Walaupun ia makanan tradisi pahang bukan semua tempat di pahang tahu membuat samabal ini.  Biasanya ia oleh di nikmati di daerah Jerantut dan Kuala Lipis.Sambal ini sesuai dimakan bersama nasi putih, ikan atau ayam goreng bersama ulam. Kesimpulanya ia makanan kering tak sesuai dengan masakan seperti kari, masak lemak cili padi. Jika berkuahpun lebih baik sup atau masak tumis air sahaja.

Untuk menghasilkan bahan utama sambal ini iaitu belimbing rebus masa satu hari diperlukan untuk menghasilkan belimbing rebus ini jika ia direbus dalam kuantiti yang banyak. Ia biasanya direbus di dalam tin kerana jika direbus di dalam periuk ia akan rosak kerana sifat asid nya. Tin yang biasa digunakan adalah tin minyak, tin susu atau tin biskut. Belimbing buluh akan dibersihkan kemudian di letakan di dalam tin tanpa air. Ini kerana semasa proses merebus air dari buah belimbing akan dikeluarkan. Garam akan di letakan di atas belimbing untuk menjadikan belimbing yang direbus ini kenyal dan tidak lembik. Garam yang digunakan adalah garam kasar dan sangat banyak. Hanya mereka yang pakar sahaja akan berjaya menghasilkan belimbing rebus yang tahan lama dan tidak berkulat. Jumlah garam yang digunakan akan menentukan selama mana belimbing ini dapat disimpan. Belimbing ini akan direbus sehingga air yang keluar dari buah belimbing ini kering. Ia direbus dengan menggunakan dapur kayu kerana ia lebih jimat lagi pun ia tidak merosakan dapur kerana sifat asidnya. Untuk mengelakan bahagian bawah nya hangus. Mak saya biasanya akan menggunkan pelepah pisang sebagai alas di bahagian bawah tin, ia macam petua la tu cara bijak untuk tidak membazirkan belimbing dari ia menjadi hangus di bahagian bawanya.Belimbing yang dihasilkan dengan baik boleh disimpan lebih dari 5 tahun.

Dan dalam keluarga kami memang semua orang akan menyukainya. Jika dihidangkan pada tetamu pasti ada yang akan minta resipi dan belimbingnya. Tapi mak saya selalu kata jangan tunjuk sangat kat orang, pokok belimbing kita ni ada 1 je nak kongsi 10 orang. Belimbing ni bukan buah tiapx2 tahun. Bukan kedekut mak saya kata tapi jimat. Ya la tu........... mari kita lihat bahan untuk menghasilkanya

Bahan-bahan:-
  1. Belimbing rebus
  2. Cili padi
  3. Bawang putih
  4. Bwang merah
  5. Ikan Bilis
  6. Secubit garam
  7. Sedikit bahan perasa
  • Semua bahan di atas ditumbuk dengan lesung batu....... pakai blander boleh tapi tak sedap............
  • Selepas hancur bahan ini digoreng bersama minyak yang sederhana banyak 

Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak tempoyak merupakan salah satu masakan tradisi orang pahang. Masak tempoyak kami berbeza dengan dorang negeri sembilan atau perak. Ia juga masakan ABC sungguh mudah tapi tiadak semua orang dapat menghasilkan rasanya yang benar-benar sedap. Dalam keluarga kami semuanya boleh memasak tempoyak ini tapi bagi saya rasanya memang sama sekali tidak sama. Dan dalam hal ini hanya seorang sahaja  yang berjaya memasak masaktempoyak yang membuatkan saya makan dengan berseleran sekali iaitu kakak ipar ipar saya ianya benar-benar menepati citarasa saya.Masakan tempoyak ini sangat simple dan mudah....

Bahan-bahanya:

  1. Tempoyak ( biasanya tempoyak masam)
  2. Cili padi
  3. Kunyit hidup
  4. Air 
  5. Garam
  6. Daum kesum @ kantan @ kesin( sejenis pokok hutan macam daun kunyit) 
  7. Ikan ( biasanya ikan sungai seperti patin dan talipia)
  8. Ramapai ( biasanya kami akan mencampurkan nya dengan ubi keledek, ubi kayu, keladi, timun, terung atau bendi)