"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, October 4, 2010

Laksa...........

Laksa............

Benar kata orang makanya tidak pernah puas........... atau mungkin boleh disebebut sebagai makan kegemaranya. Bagi saya laksa itu wajib dinikmati sekurangnya sebulan sekali sama ada dibeli atau dimasak. Walaupun adanya laksa Redup rimba tapi air tangan sendiri masih dirindui kadang kala kekangan masa dan pembaziran sumber akan berlaku maklumla makan seorang kalau nak masak kena la makan beramai-ramai tunggu yang lain mempunyai masa lapang. Jadi lebih baik beli sahaja.

Tapi saya tau laksa merupakan menu yang paling selalu akan menjadi pililihan saya.

Asam Pedas Ikan Terubuk

Huhuhu............. teringinya menikmati asam pedas ikan terbuk versi lisa............. kenapa versi lisa sebab resepinya tak sama dengan orang lain............ nyumx2 mau meleleh air liur dah lama tak masak mungkin seusia dengan pemergian arwah ayah saya hampir 13 tahun.

13 tahun lamanya .............. mengapa selama ini mungkin kerana tak mau mengenangkanya. Kini saya benar-benar rindu pada asam pedas terubuk seperti rindunya saya pada dia.

Sunday, October 3, 2010

Majlis Tiup Lilin Ke 26...........


03 Oktober 2010 sekali lagi hari untuk saya tiup lilin walaupun sebenarnya bukan tiap-tiap tahun saya ada majlis tiup lilin. Memandangkan sudah 2 tahun saya menyambut hari tipu lilin dalam bulan syawal. Kalau tak silap saya tahun 2009 padah hari raya ke 3. Kali ini masih lagi dalam suasana hari raya.

Terima kasih kak long buat open house sama dengan hari tiup lilin saya. Terharu siap ada kejutan lagi dari mereka bertiga. Walaupun sebenarnya dah tau hehehe.............. Terima kasih juga Dayana buatkan kad untuk hari jadi saya dan ambilkan kuih koci dan ketupat palas sebagai hadiah.

Open House ( Kak Long) 2010




Macam biasa la........... bila lepas raya saya akan menjadi tukang masak undangan untuk memasak jamuan raya. rasanya sudah beberapa tahun. Bila memasak hari raya kalau untuk family saya ni biasanya hampir mencecah makan untuk 100 orang juga, penat  huhuhu...........

Untuk raya kali ini kak long saya menu wajib macam biasa tak ubah............
  1. Pulut Kuning
  2. Rendang Ayam Pencen@Telur Bersama Daun Puding
  3. Rendang Ayam Biasa
  4. Bihun
  5. Nasi Himpit
  6. Kuah Kacang
  7. Laksa
  8. Agar-agar


Malah kali ini sempat pulak kak long menempah roti jala. Tapi kali ini memandangkan beliau sibuk jadi terpaksalah saya menjadi tukang masak utama. Sudah la tak berapa pandai masak pulak seorang-seorang kerana kak long saya memenuhi undangan open house yang lain.  Rupanya mencabar juga memasak ni naik melecur lidah merasa nak bagi sedap...........




Tapi walauapa pun terima kasih la kak long kerana bagi kepacayaan untuk saya memasak kerana kali ni kira sepenuhnya diserahkan kepada saya. Pandai ke ........... tidak ke.............. sedap ke masak je la.Antara yang paling mencabar kuah kacang itu memang susah nak masak sebab saya janrang memasak kauh kacang ni. Mujur jadi la menjadi.........walaupun hakikatnya saya hentam sahaja. Nasi himpit 16 ketul besar.










Laksa juga dari air tangan saya.......... tapi memandangkan laksa tu kira selalu masak so no problem la. Boleh la. Kali ni laksa saya bagi A kerana berjaya menghasilkan laksa yang sunggu pedas. Berapi kata orang....... % paket laksa.



Bihun juga air tangan saya......... saya klu gorenng bihun cuak juga sebab jarang buat. Bihun kali ni rasanya lebih sedap dari yang saya goreng tahun lepas. 6 paket semuanya.










Pulut Kuning ni memang yang palin saya suka. Pulut dan rendang daun puding inilah yang membezakan istimewanya Open House rumah kak long saya ini. Pulut kuning ini juga dimasak oleh saya 3 kilo semuanya.


Dan selebinya dimasak sendiri oleh tuan rumah.........................

Thursday, September 23, 2010

Laksa dan Rendang Daun Puding

Laksa redup rimba katanya sedap.............. tapi kenapa nak makan  laksa bautan sendiri juga pening la ko ni.....
Heheh jalan jalan di taman herba UKM teklah terjumpa daun puding nyamx2 nak pg umah kak long makan rendang...

Tuesday, September 21, 2010

Food

Authentic, Passionate, Fresh, Fun And seriously Tasty

Load up your sudu- "spoon"

Daging Hitam Manis

Resipi ini dari Siti Fadzila ........... jumpa dari kotak masa kemas hari raya 2010

1 kg daging
3 sudu kicap pekat.....
4 sudu kicap masin
4 sudu kicap cair
200gm Krismis Hitam
130 gm kerisik
1 paket rempah kari daging
4 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Bahan untuk dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
100 gm cili kering
3 cm halia
4 batang serai

Cara-cara
  1. Perap bahan dikisar dengan daging bersama krismis hitam, krisik dan semua jenis kicap.
  2. panaskan minyak masukan rempah kari dan kacau sehingga pecah minyak.....
  3. Kemudian masukan daging yang telah dperap selama 2 jam
  4. Tambah bahan perasa dan masak sehingga air daging kering