"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, December 20, 2010

Karipap Sardin yang tak payah tiup.......

Hehehehe.............

Karipap tak payah tiup? Sape yang buat karipap kena tiup ni pengotor betul............. harap jangan ada la sesiapa yang buat...... terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali buat karipap.... contohnya macam saya. Akibat kebosanan sepanjang hari di Cahaya SPK pada petangnya saya putuskan untuk membuat karipap sardih yang sekian lama tertangguh. Memang saya tak pernah baut karipap sebelum ni. Jadi perlukan tok guru untuk membantu.

Sebaik sahaja inti karipap siap kakak saya kata......... aku tak pernah buat karipap ni sorang-sorang. Apa??? tak penah dah tu ko kata td pandai biasa abang ipar saya yang buat......... Adoiii hai kakak ku kenapa tak bagi tau awal-awal.Tak pe la kita hentam saja la.............

Bahan Inti Karipap


1 tin sardin saiz sederhana
5 Biji cili padi ( bagi pedas) *
7 Tangkai cili kering ( supaya inti nampak menarik)*
2 Ulas bawang putih*
2 Ulas bawang kecil*
1 Biji bawang besar
2 Biji kentang
1 keping asam

* Bahana ini dikisar halus

Panaskan kuli dan tumiskan cili sehingga garing. Masukan kentang yang dipotong dadu dan bawang besar.Masak sehingga kering.

Kulip karipap.

500 g Tepung Gandum
30 g Mentega
Secubit garam
Air sejuk dari peti ais

Uli rata kesemua bahan tersebut dan canaikan..............







Thursday, December 16, 2010

Air Soda Gembira...........



Hemmm sedapnya air ni. Setiap kali ke kedai ini saya akan memikirkan apakan  minuman yang paling sedap ternyata air ini dapat memberikan kepuasan yang saya mahu. Tak pasti la pulak apa nama air ni. Tap saya pangil air soda gembira.

Didalamnya kaya dengan buah laici,  ditambah dengan hirisan lemon, asam boi, serai dan daun pudina. Air yang digunakan adalah air soda.

Monday, November 29, 2010

Nasit himpit jd bubur

Hehehe tu la pandai sangat buat perhitungan  konon orang ajar buat nasik himpit 1 cawan beras 3 cawan air tu yang jenis masak kemudian letak dalam bekas n lenyet-lenyet kan. Tapi aku nak buat yg macam kat kedai yg dlm plastik tu. Nak pegi beli tapi malas nak keluar, hari pun mendung semacam jer, tapi kalau tak buat ni aku dah tak tau nak buat menu apa untuk sarapan esok....

Jadinya aku rasa cam nak test buat sendiri jer........... aku penah tgk akak  aku buat sendiri. Jadi jerr....hehehe tapi aku tak tau cam mane sukatan dia. Kalau pikir logik kena bahagia dua... tapi kenapa yg di masak n dalam periuk tu kena letak 3 air. Pikir punya pikir akau pun buat la juga. Aku letak beras dalam plastik lepas tu lipat plastik ikut beras. Kalau buat cam tu kira bagi dua la. Tapi aku tambah 1 kali lipat lagi jadi bahagi 3. lepas cucuk-cucuk aku pun masak la. Lame juga aku masak 2 jam. lepas tu aku tgk ok la. Nasi dia hancur cantik jerr. Kuah aku nak buat esok pagi sebab kacang dah siap.

Bangun paginya aku pun dengan semangat masak cili kering. Tapi nasib baik aku ni jenis tak sabar aku cuba potong dulu. Alamak lembik adoi langsung tak boleh potong. Membazir betul sayang aku tengok. Sudahnya aku masukan dalam periuk tambah air n jadikan bubur. Aku goreng ikan masing n ikan bilis untuk dimakan bersama bubur. Hehehehe...................... begitulah al kisahnya. Mujur mak tak marah kalau tak  mesti kena bebel. Tapi tu yang aku selalu puji mak aku, dia tak penah marah aku kalu aku buat salah dalam bab masak memasak ni sebab dia tau kita mencuba. Dan hasilnya aku tak penah jemu mencuba.

Tak putus asa esoknya aku beli pulak yang segera. Tapi masih degil aku buat juga sendiri nak tau juga cam mana kalau aku lipat dua jer.Aku masak yang beli punya satu dan satu lagi yg aku buat sendiri. Kalu tak jadi yg aku buat ni ada la 1 lagi yg mesti elok punya n boleh makan. Hehehehe nasi himpit yg aku buat tu jadi. Cuma masih lembut, sebab guna beras wangi. Tapi kali ni boleh potong. Berjaya juga lepas ni aku dah tau nak buat cam mana.

Tuesday, November 2, 2010

Mali's Corner

Char Kuih Tiew yang menjadi sebutan di dalam blog-blog  glamour la konon. Tapi memang pun. Beli kena beratur  panjang giler adoii nak dapatkan sepinggan puas. Dah dapat kena cari meja pulak pun pening juga. Tapi rasanya memang boleh sedap la juga. Yg dalam pic tu special punya harga RM 6. Buka dari jam 530 petang hingga jam 4 pagi. Selain Char kuih tiew  ada nasi lemak juga.Cuma tempat ni jau teramat dari bangi jadi tak boleh ler pergi selalu.

Spaghetti.........................



Saje teringin pulak tgk CMG punya fb cam sedak jer. Dah lame tak masak. Tapi ada pic yg lum Upload lg jadi malam ni nak upload lerr. Dulu tak suka sangat sebat rasa spaghetti yg dibeli tu masam la n ntah apax2 je. Al maklum le budak lisa ni kalau makan nak sedap jerr. Kalu takdepa n tak kena selera dia mula la dia cari akal nak masak benda tu n bagi sedap cam selera dia mahu.

Jom kita tegengok picturnya:-





Bahan-bahanya:-
Cara-cara:-
  1. Tumiskan bawang yang dipotong dadu sehingga garing
  2. Masukan daging kisar selepas bawang yang digoreng telah garing
  3. Masukan tomato puri
  4. Masukan cendawan butang
  5. Masukan batang sederi
  6. Maukan origano
  7. Masukan bahan perasa, garam gula
  8. Tambahan cili padi
  9. Sedia untuk dihidangkan bersama spaghetti

A basket of fruit for november


Hahaha semangat nak makan buah.............. buah limau yg beli kat econsave ari tu lum habis lagi. Ni gara-gara terpengaruh dengan kak ina la ni. Beli buah kat pasar malam China kat subang jaya. Aku pelik dengan akak aku ni pasar malam cina pun dia boleh pergi. Entah mane dia tau aku pun tak tau. Tapi memang tak dinafikan buah dia segar ............... berkerup-krup makan........... rapuh. tak macam setengan buah yang beli kat shopping center or pasaraya or pasar malam. Lemau jer nak makan pun tak selera.....



Untuk bakul yang ini aku dah habiskan 1 biji pear, 2 biji apple  merah dan dua biji apple hijau.Buah oren belum rasa lagi. tak de selera masam jer......... aku  ni tak seumpama perempuan lain yang suka masam. Aku lebih suka buah yang pahit.



Sebenarnya dah lame tak beli buah ni biasa beli buah buahan tempatan jer. Ikut musim ler rambutan, langsat, duku, mangga, limau, ciku, nangka, pisang, salak, jambu batu, jambu air. Kira buah-buah import ni aku kurang sikit.

Sunday, October 24, 2010

Semalam ke Uncle William lagi...........

Memenuhkan koleksi makan-makan dan macam yang saya selalu kata. Manusia dan selera sanggup kami meredah hujan. dari Bangi ke Kota Damasara bukan dekat semata nak mengisi perut. Tapi demi perut kami rela.... jauh tapi puas hati........

Semalam saya dapat juga menikmati air yang selalu menjadi tanda tanya kepada saya air apakah itu. Soda herba rupanya gabungan soda, lemon, serai, asam masin dan daun pudina. Rasanya memang sedap...... tak sia-sia mencuba. Tambahan pula digandingan bersama lazania meatball................ nyumx2 sedap nya.

Memandangkan lolasi makan-makan semalam tidak dijangka........... jadi tidak sempat nak mengfotokan picnya.