"Demi memenuhi selera manusia sanggup melakukan apa sahaja untuknya dari mencipta, memasak, membeli malah mengembara seluruh alam untuk menikmatinya"


~~~~Saya juga tidak terkecuali, mengubahsuai resipi yang diperolehi dan memasak dengan gaya dan cara yang tersendiri kerana saya percaya tiada peraturan dalam dunia masakkan ini. Memasakkan merupakan satu seni yang tiada peraturan betul atau salahnya. Setiap orang mempunyai cara dan gaya tersendiri untuk menghasilkanya dari 1 bahan ia boleh di pelbagaikan kepada 1001 rasa, mengikut air tangan, kreativiti dan citarasa mereka. ~~~~~~

Monday, December 20, 2010

Karipap Sardin yang tak payah tiup.......

Hehehehe.............

Karipap tak payah tiup? Sape yang buat karipap kena tiup ni pengotor betul............. harap jangan ada la sesiapa yang buat...... terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali buat karipap.... contohnya macam saya. Akibat kebosanan sepanjang hari di Cahaya SPK pada petangnya saya putuskan untuk membuat karipap sardih yang sekian lama tertangguh. Memang saya tak pernah baut karipap sebelum ni. Jadi perlukan tok guru untuk membantu.

Sebaik sahaja inti karipap siap kakak saya kata......... aku tak pernah buat karipap ni sorang-sorang. Apa??? tak penah dah tu ko kata td pandai biasa abang ipar saya yang buat......... Adoiii hai kakak ku kenapa tak bagi tau awal-awal.Tak pe la kita hentam saja la.............

Bahan Inti Karipap


1 tin sardin saiz sederhana
5 Biji cili padi ( bagi pedas) *
7 Tangkai cili kering ( supaya inti nampak menarik)*
2 Ulas bawang putih*
2 Ulas bawang kecil*
1 Biji bawang besar
2 Biji kentang
1 keping asam

* Bahana ini dikisar halus

Panaskan kuli dan tumiskan cili sehingga garing. Masukan kentang yang dipotong dadu dan bawang besar.Masak sehingga kering.

Kulip karipap.

500 g Tepung Gandum
30 g Mentega
Secubit garam
Air sejuk dari peti ais

Uli rata kesemua bahan tersebut dan canaikan..............







Thursday, December 16, 2010

Air Soda Gembira...........



Hemmm sedapnya air ni. Setiap kali ke kedai ini saya akan memikirkan apakan  minuman yang paling sedap ternyata air ini dapat memberikan kepuasan yang saya mahu. Tak pasti la pulak apa nama air ni. Tap saya pangil air soda gembira.

Didalamnya kaya dengan buah laici,  ditambah dengan hirisan lemon, asam boi, serai dan daun pudina. Air yang digunakan adalah air soda.